| Wartawan KECEWA, Najib TIDAK HADIR KE ISTANA |
KUALA LUMPUR - Kecewa. Itulah yang dapat digambarkan selepas penantian sekumpulan wartawan dan jurufoto media tempatan yang menantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di Istana Negara hari ini tidak kesampaian.
Najib kebiasaannya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum mesyuarat Kabinet setiap hari Rabu.
Jika sebelum ini tiada tumpuan media ketika Najib memasuki istana kira-kira pukul 7.50 pagi setiap hari Rabu dan menghabiskan masa sehingga satu jam, namun memandangkan tarikh pembubaran Parlimen semakin hampir, rutin tersebut menarik perhatian para media.
Ada antara wartawan yang sudah berada di Istana Negara seawal pukul 7 pagi lagi. Tuanku Abdul Halim difahamkan kini berada di Langkawi untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - pulakdah
No comments:
Post a Comment