Thursday, May 9, 2013

Cukai GST - Padah Sokong BN

KUALA LUMPUR 9 MEI: Belum pun seminggu BN menang Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat dihukum dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan itu sebagai padah yang diterima rakyat kerana mengundi BN dalam PRU lalu walaupun Pakatan Rakyat secara tegas memberi jaminan akan menghapuskan GST sekiranya memerintah Putrajaya.

"Daripada tahun lepas semasa sidang Dewan Rakyat, kerajaan beritahu mereka tiada pilihan selain mengenakan cukai kepada rakyat sehingga enam peratus, jika tidak negara akan bankrap.

"Disebabkan rakyat sudah pun memilih BN, jadi mereka tidak perlu mengeluh dan inilah padahnya yang akan mereka terima," katanya kepada Keadilan Daily.

Katanya, walaupun kenaikan enam peratus, namun jika dihitung dengan keseluruhan setiap hari, seseorang rakyat terpaksa membayar 66 peratus cukai yang dikenakan kerajaan.

"Daripada bangun tidur, berus gigi, sarapan, pergi kerja, balik kerja, bak kata setiap apa yang dibuat akan dikenakan cukai.

"Ini namanya kerajaan zalim, keterlaluan mahu 'hisap darah' rakyat. Semuanya terpaksa ditanggung mereka," ujar Abdullah yang juga Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN.

Beliau juga hairan sikap rakyat yang masih 'berminat' memberi sokongan kepada BN walaupun mereka tahu akan menanggung beban itu.

"Rakyat yang pilih BN agaknya reda dengan kenaikan harga barang dan cukai. Bermakna mereka sokong BN sokong untuk harga naik.

"Saya tidak hairan kalau lepas ini pula harga minyak juga akan naik. Jadi terima sajalah kerana anda sokong BN," katanya.

- keadilandaily

PANAS - Azmin Ali Dan 11 MP PKR Akan Keluar Parti?

Orang kanan Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali kononnya bersedia untuk keluar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber parti, ahli politik 49 tahun mahu meninggalkan pakatan 'kerana rasa tidak puas hati beliau di atas peruntukan kerusi jawatankuasa eksekutif di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor .'

Adalah dipercayai bahawa 11 orang -dikatakan Ahli Parlimen yang baru dipilih akan mengikuti Azmin keluar parti.

Ketiadaan Azmin di raksasa Pakatan Rakyat perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu telah mendapat perhatian.

Di Twitter, beliau menyelar Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, menggesa parti itu untuk menerima kehilangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini membuat kesimpulan.

Azmin menulis sebarang tweet, "Rakyat letih DENGAN asakan Politik melampau. Terima Hukuman, muhasabah untuk pemberhentian, akui kelemahan, Maju ke hadapan, tumpu rakyat selalu lihat Kerabat. "(Orang-orang yang bosan lebih tekanan politik yang berlebihan. Terima hukuman, kamu hakim, mengakui kelemahan, kemajuan dan memberi tumpuan kepada rakyat, bukan anak-beranak) .


Azmin 46 tahun dilaporkan salah seorang daripada mereka yang berjuang untuk menjadi Menteri Besar Selangor . Nama beberapa calon termasuk dari PAS Ahmad Yunus Hairi, telah timbul. Walau bagaimanapun, penyandang Menteri Besar Khalid Ibrahim dipercayai menjadi pilihan Rakyat kepimpinan Pakatan. - yahoonews

Kita tunggu apa kata Azmin dalam sidang media esok... Jika Azmin benar-benar akan meninggalkan Pakatan Rakyat , maka benarlah kata-kata Tuan Guru haji Hadi ketika mengulas punca berlaku pertindihan calon PR dalam beberapa kawasan. Video tersebut ada di sini

ini adalah sebahagian daripada isi ucapan beliau

"Tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Perintah sekejap... PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya. Tetapi kalau ada calon yang kita khuatir.. calon yang tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku.. maka PAS mesti bertindak.... hingga berlaku pertindihan."

http://www.wasukalu.com/2013/05/azmin-ali-dijangaka-bawa-11-mp-pkr.html


Kelantan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mewujudkan Institut Pemikiran Tok Guru sebagai usaha kerajaan negeri terus memperkasakan institusi ulamak di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, penubuhan itu juga sebagai satu pengiktirafan kepada jasa Bekas Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


“Kita juga mahu meraikan serta meletakkan jasa Tok Guru selama ini memimpin Kerajaan Kelantan sejak 1990 sehingga 6 Mei 2013.

“Objektif penubuhan institut ini ialah bagi mempastikan legasi Kepimpinan Ulama diabadikan dalam institusi selain menjadi rujukan dan pengembangan Dasar Membangun Bersama Islam dan UMI (konsep Ubudiyyah, Mas’uuliyyah dan Itqaan)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata institut itu juga akan menjadi pusat penyelidikan (R&D) bagi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga berkata, biarpun Tok Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi menteri besar, namun Tok Guru akan sentiasa dirujuk oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya.

"Bahkan ianya diwujudkan supaya ikon Tok Guru tidak hilang walau pun tidak menjadi Menteri Besar, namun Tuk Guru tetap ‘bergerak’, berkuliah, berceramah di samping kegiatan dakwah yang lain," katanya lagi.

Pejabat operasi Institut Pemikiran Tuk Guru itu dicadang diletakkan di Kompleks Pejabat SUK sebagai pejabat khas.

Ianya akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang akan dibentuk.

“Perkara ini akan diangkat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk urusan selanjutnya termasuk perbincangan aspek teknikalnya sebelum mendapat kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” ujarnya.


PANAS - Lim Kit Siang Akan Sertai BN

Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan sertai BN

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.

Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.


Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.


Wednesday, May 8, 2013

PANAS - Azmin Ali Akan Buat Kejutan Besar

Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN


Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.

Sekian, terima kasih.

KOMENTAR TUKAR TIUB
azmin ali membuat sidang akhbar
bukan dipejabat pkr

mungkin ada pekara besar:


1 - azmin ali akan mengembling tenaga
untuk terus melawan penipuan spr?

atau

2 - azmin ali akan menyatakan sokongan
kepada kerajaan selangor yang baru
untuk memadamkam tohmah dan fitnah
yang sering di kenakan kepada beliau

atau

3 - untuk letak jawatan dun gombak
untuk memastikan ada pru kecil
dan merancakkan suasana ombak
menentang penipuan spr

atau

4 - untuk meletakkan jawatan parlimen
untuk menyatakan tidak puas hati
kepada spr damn membuka
pilihan raya kecil untuk memberi tekanan
kepada spr

syabas!


Khalid Dijangka Kekal MB Selangor

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

Tidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah, 
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakinibahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.
Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.

Dengan sokongan yang kuat daripada kedua-dua rakan-rakan Pakatan itu, maka kemungkinannya ialah Khalid akhirnya akan dinamakan untuk jawatan tersebut, walaupun ada puak dalam PKR yang mahukan  pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menjadi MB.

Dan walaupun terdapat beberapa aduan mengenai dakwaan gaya fleksibel Khalid bekerja, berbanding dengan Azmin, tetapi sumber-sumber berkata, Khalid mempunyai kelebihan berdasarkan rekod cemerlang kerajaan Selangor dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Azmin Ali.Di bawah kepimpinan beliau, Pakatan Rakyat juga telah 
memenangi majoriti lebih daripada dua pertiga dalam pilihan raya yang sengit, berdepan dengan BN yang bertekad untuk merampas semula negeri itu.

Menurut sumber-sumber itu lagi, parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedang berunding mengenai kuota barisan exco dan jawatan speaker negeri.

Kuota exco sebelumnya ialah masing-masing 4-3-3 bagi PKR-DAP-PAS.

Tetapi dengan kejayaan PAS memenangi lebih kerusi daripada PKR, maka kemungkinan PAS mendapat satu lagi jawatan exco, atau PAS diberi jawatan exco kanan, yang disandang oleh Teresa Kok dari DAP.

Dengan  Khalid dijangka kekal sebagai MB, beliau mungkin berdepan dengan barisan exco baru, dengan ketiga-tiga pihak dijangka menggantikan muka-muka lama.

Gelombang Hitam Kuasa Lembah Klang

KELANA JAYA: Gelombang hitam malam tadi disifatkan lebih besar berbanding Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.

Gelombang hitam adalah lambang protes terhadap penipuan yang dikira besar-besaran berlaku sepanjang pilihan raya ini.

Yang paling ketara adalah dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing dan sebagainya.

Berpuluh-puluh ribu orang terperangkap di jalan raya ketika lebih 120,000 memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya.

Gelombang hitam sebagai lambang protes
 

Ia berlaku walaupun berlangsung tanpa kerahan besar-besaran ekoran tidak ada sebarang perancangan ke arah mengadakan himpunan ini sebagaimana HKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai perhimpunan besar berasingan di Rusila Marang bersama penyokongnya di Terengganu.

Ketika majlis sudah tamat, beribu-ribu masih berjalan kaki menuju stadium dengan berpakaian hitam.

Orang ramai penuh sesak melalui lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya. 

Di dalam stadium, yang menyebabkan ia tidak menjadi hitam sepenuhnya adalah kerana warna payung yang berwarna-warna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan selepas itu berjanji akan meneruskan kempen walaupun pilihan raya telah tamat.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini akan diadakan di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.