Thursday, May 9, 2013

Cukai GST - Padah Sokong BN

KUALA LUMPUR 9 MEI: Belum pun seminggu BN menang Pilihan Raya Umum ke-13, rakyat dihukum dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap tindakan itu sebagai padah yang diterima rakyat kerana mengundi BN dalam PRU lalu walaupun Pakatan Rakyat secara tegas memberi jaminan akan menghapuskan GST sekiranya memerintah Putrajaya.

"Daripada tahun lepas semasa sidang Dewan Rakyat, kerajaan beritahu mereka tiada pilihan selain mengenakan cukai kepada rakyat sehingga enam peratus, jika tidak negara akan bankrap.

"Disebabkan rakyat sudah pun memilih BN, jadi mereka tidak perlu mengeluh dan inilah padahnya yang akan mereka terima," katanya kepada Keadilan Daily.

Katanya, walaupun kenaikan enam peratus, namun jika dihitung dengan keseluruhan setiap hari, seseorang rakyat terpaksa membayar 66 peratus cukai yang dikenakan kerajaan.

"Daripada bangun tidur, berus gigi, sarapan, pergi kerja, balik kerja, bak kata setiap apa yang dibuat akan dikenakan cukai.

"Ini namanya kerajaan zalim, keterlaluan mahu 'hisap darah' rakyat. Semuanya terpaksa ditanggung mereka," ujar Abdullah yang juga Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN.

Beliau juga hairan sikap rakyat yang masih 'berminat' memberi sokongan kepada BN walaupun mereka tahu akan menanggung beban itu.

"Rakyat yang pilih BN agaknya reda dengan kenaikan harga barang dan cukai. Bermakna mereka sokong BN sokong untuk harga naik.

"Saya tidak hairan kalau lepas ini pula harga minyak juga akan naik. Jadi terima sajalah kerana anda sokong BN," katanya.

- keadilandaily

PANAS - Azmin Ali Dan 11 MP PKR Akan Keluar Parti?

Orang kanan Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali kononnya bersedia untuk keluar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber parti, ahli politik 49 tahun mahu meninggalkan pakatan 'kerana rasa tidak puas hati beliau di atas peruntukan kerusi jawatankuasa eksekutif di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat negeri Selangor .'

Adalah dipercayai bahawa 11 orang -dikatakan Ahli Parlimen yang baru dipilih akan mengikuti Azmin keluar parti.

Ketiadaan Azmin di raksasa Pakatan Rakyat perhimpunan raksasa Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu telah mendapat perhatian.

Di Twitter, beliau menyelar Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, menggesa parti itu untuk menerima kehilangan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini membuat kesimpulan.

Azmin menulis sebarang tweet, "Rakyat letih DENGAN asakan Politik melampau. Terima Hukuman, muhasabah untuk pemberhentian, akui kelemahan, Maju ke hadapan, tumpu rakyat selalu lihat Kerabat. "(Orang-orang yang bosan lebih tekanan politik yang berlebihan. Terima hukuman, kamu hakim, mengakui kelemahan, kemajuan dan memberi tumpuan kepada rakyat, bukan anak-beranak) .


Azmin 46 tahun dilaporkan salah seorang daripada mereka yang berjuang untuk menjadi Menteri Besar Selangor . Nama beberapa calon termasuk dari PAS Ahmad Yunus Hairi, telah timbul. Walau bagaimanapun, penyandang Menteri Besar Khalid Ibrahim dipercayai menjadi pilihan Rakyat kepimpinan Pakatan. - yahoonews

Kita tunggu apa kata Azmin dalam sidang media esok... Jika Azmin benar-benar akan meninggalkan Pakatan Rakyat , maka benarlah kata-kata Tuan Guru haji Hadi ketika mengulas punca berlaku pertindihan calon PR dalam beberapa kawasan. Video tersebut ada di sini

ini adalah sebahagian daripada isi ucapan beliau

"Tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak. Perintah sekejap... PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam pilihanraya. Tetapi kalau ada calon yang kita khuatir.. calon yang tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku.. maka PAS mesti bertindak.... hingga berlaku pertindihan."

http://www.wasukalu.com/2013/05/azmin-ali-dijangaka-bawa-11-mp-pkr.html


Kelantan tubuh Institut Pemikiran Tok Guru

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mewujudkan Institut Pemikiran Tok Guru sebagai usaha kerajaan negeri terus memperkasakan institusi ulamak di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, penubuhan itu juga sebagai satu pengiktirafan kepada jasa Bekas Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


“Kita juga mahu meraikan serta meletakkan jasa Tok Guru selama ini memimpin Kerajaan Kelantan sejak 1990 sehingga 6 Mei 2013.

“Objektif penubuhan institut ini ialah bagi mempastikan legasi Kepimpinan Ulama diabadikan dalam institusi selain menjadi rujukan dan pengembangan Dasar Membangun Bersama Islam dan UMI (konsep Ubudiyyah, Mas’uuliyyah dan Itqaan)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh dekat sini pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata institut itu juga akan menjadi pusat penyelidikan (R&D) bagi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Beliau juga berkata, biarpun Tok Guru Nik Aziz tidak lagi menjadi menteri besar, namun Tok Guru akan sentiasa dirujuk oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan nasihat dan pandangannya.

"Bahkan ianya diwujudkan supaya ikon Tok Guru tidak hilang walau pun tidak menjadi Menteri Besar, namun Tuk Guru tetap ‘bergerak’, berkuliah, berceramah di samping kegiatan dakwah yang lain," katanya lagi.

Pejabat operasi Institut Pemikiran Tuk Guru itu dicadang diletakkan di Kompleks Pejabat SUK sebagai pejabat khas.

Ianya akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang akan dibentuk.

“Perkara ini akan diangkat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk urusan selanjutnya termasuk perbincangan aspek teknikalnya sebelum mendapat kelulusan pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” ujarnya.


PANAS - Lim Kit Siang Akan Sertai BN

Kit Siang 'tak terlintas fikir ' saranan sertai BN

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata parti itu belum bertemu untuk membincangkan pelbagai cadangan mengenai peranan DAP dalam kerajaan baru, tetapi beliau sendiri pun tidak terlintas untuk memikirkan cadangan tersebut.

"Beri (rakyat) masa untuk memberi pelbagai cadangan dan beri kami masa untuk menjawabnya," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP hari ini.

Lim berkata, beliau tidak terlintas memberi sebarang pertimbangan terhadap sebarang cadangan.


Beliau mengulas cadangan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya DAP menyertai BN bagi mewakili kepentingan masyarakat Cina dalam gabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia, Datuk Michael Yeoh juga menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membentuk kerajaan campuran yang luas yang merangkumi DAP, PKR dan PAS sebagai rakan.


Wednesday, May 8, 2013

PANAS - Azmin Ali Akan Buat Kejutan Besar

Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN


Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.

Sekian, terima kasih.

KOMENTAR TUKAR TIUB
azmin ali membuat sidang akhbar
bukan dipejabat pkr

mungkin ada pekara besar:


1 - azmin ali akan mengembling tenaga
untuk terus melawan penipuan spr?

atau

2 - azmin ali akan menyatakan sokongan
kepada kerajaan selangor yang baru
untuk memadamkam tohmah dan fitnah
yang sering di kenakan kepada beliau

atau

3 - untuk letak jawatan dun gombak
untuk memastikan ada pru kecil
dan merancakkan suasana ombak
menentang penipuan spr

atau

4 - untuk meletakkan jawatan parlimen
untuk menyatakan tidak puas hati
kepada spr damn membuka
pilihan raya kecil untuk memberi tekanan
kepada spr

syabas!


Khalid Dijangka Kekal MB Selangor

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

Tidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah, 
kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakinibahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.
Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.

Dengan sokongan yang kuat daripada kedua-dua rakan-rakan Pakatan itu, maka kemungkinannya ialah Khalid akhirnya akan dinamakan untuk jawatan tersebut, walaupun ada puak dalam PKR yang mahukan  pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menjadi MB.

Dan walaupun terdapat beberapa aduan mengenai dakwaan gaya fleksibel Khalid bekerja, berbanding dengan Azmin, tetapi sumber-sumber berkata, Khalid mempunyai kelebihan berdasarkan rekod cemerlang kerajaan Selangor dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Azmin Ali.Di bawah kepimpinan beliau, Pakatan Rakyat juga telah 
memenangi majoriti lebih daripada dua pertiga dalam pilihan raya yang sengit, berdepan dengan BN yang bertekad untuk merampas semula negeri itu.

Menurut sumber-sumber itu lagi, parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedang berunding mengenai kuota barisan exco dan jawatan speaker negeri.

Kuota exco sebelumnya ialah masing-masing 4-3-3 bagi PKR-DAP-PAS.

Tetapi dengan kejayaan PAS memenangi lebih kerusi daripada PKR, maka kemungkinan PAS mendapat satu lagi jawatan exco, atau PAS diberi jawatan exco kanan, yang disandang oleh Teresa Kok dari DAP.

Dengan  Khalid dijangka kekal sebagai MB, beliau mungkin berdepan dengan barisan exco baru, dengan ketiga-tiga pihak dijangka menggantikan muka-muka lama.

Gelombang Hitam Kuasa Lembah Klang

KELANA JAYA: Gelombang hitam malam tadi disifatkan lebih besar berbanding Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang diadakan di Stadium Merdeka sebelum ini.

Gelombang hitam adalah lambang protes terhadap penipuan yang dikira besar-besaran berlaku sepanjang pilihan raya ini.

Yang paling ketara adalah dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi asing dan sebagainya.

Berpuluh-puluh ribu orang terperangkap di jalan raya ketika lebih 120,000 memenuhi luar dan dalam Stadium Kelana Jaya.

Gelombang hitam sebagai lambang protes
 

Ia berlaku walaupun berlangsung tanpa kerahan besar-besaran ekoran tidak ada sebarang perancangan ke arah mengadakan himpunan ini sebagaimana HKR.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai perhimpunan besar berasingan di Rusila Marang bersama penyokongnya di Terengganu.

Ketika majlis sudah tamat, beribu-ribu masih berjalan kaki menuju stadium dengan berpakaian hitam.

Orang ramai penuh sesak melalui lebuh raya Damansara-Puchong dari Lebuhraya Persekutuan di satu arah dan ke arah stesen LRT Kelana Jaya. 

Di dalam stadium, yang menyebabkan ia tidak menjadi hitam sepenuhnya adalah kerana warna payung yang berwarna-warna.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui wartawan selepas itu berjanji akan meneruskan kempen walaupun pilihan raya telah tamat.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu ini akan diadakan di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.

Mahathir Kata Pakatan Tak boleh Terima Kekalahan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.
    

Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.
    

"Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan 
orang, bertujuanmembantah
 keputusan PRU13.

Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.

- Bernama

Celupar Dan Kurang Ajar Mulut Mak Lampir Nie..

Kalau penyokong PR melihat klip ini sebelum PRU, sudah pasti Zuraida Kamaruddin kecundang di Ampang!

Gambar Hiasan Dan Tiada Kena Mengena Dengan Cerita Di Atas..




80 Ribu Penuhi Stadium Kelana Jaya Sebentar Tadi

LAPORAN LANGSUNG

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih menuju ke stadium dengan berjalan kaki.

Siaran Langsung Dari Stadium Kelana Jaya Di Sini




Foto Di Stadium Kelana Jaya Ketika Ini












Siaran langsung perhimpunan Tolak Penipuan PRU 13 di Kelana Jaya

KUALA LUMPUR 8 MEI: Program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini boleh diikuti secara langsung.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap pada program yang diatur berikutan pelbagai bentuk penipuan regim Umno BN hingga menafikan keputusan rakyat.

Program dijadual bermula jam 8.30 malam tetapi ramai penyokong Pakatan Rakyat sudah tiba di lokasi berkenaan.




Baru Seminggu Bergelar MB Mukhriz Telah Berjaya Membeli Jiwa Rakyat Kedah

 

 Mukhriz Tiba Di Hospital Pulau Pinang Untuk Melawat Mantan MB Azizan Razak. Ini adalah lawatan kedua beliau setelah melakukan lawatan kali pertama ketika Azizan masih di rawat di Kedah Medical Centre selepas mengangkat sumpah sebagai MB kedah yang baru.

Tuesday, May 7, 2013

Dari Mahkamah - Ajaib Kenapa Papagomo Tidak Dibela Oleh Peguam Umno??

Padan muka kau sial.. Bila dah dalam keadaan begini tiada siapa dalam umno yang nak tolong kau.. Kau hanyalah dijadikan alat dan kambing hitam umno untuk menaburkan fitnah terhadapa Pakatan Rakyat.. Kau layak sebab berotak bebal dan senang diperbodohkan.. Papagomo kini umpama sampah pada mata umno.. Kahkahkah..










Pemerhati: PRU13 Bebas Tapi Tak Adil

Satu laporan awal yang dikeluarkan tiga kumpulan pemantau pilihan raya umum ke-13 menyebut, pilihan raya 5 Mei itu dijalankan “sebahagiannya dengan bebas, tetapi tidak adil”.

Secara keseluruhannya, CPPS/Asli and Ideas berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak dengan agak cekap dan efektif dalam mengendalikan pilihan raya itu.

Bagaimanapun, mereka percaya bahawa laporan media yang condong kepada BN, penyalahgunaan kemudahan kerajaan oleh BN, hadiah kepada pengundi dan juga integriti daftar pemilih menjadikan pilihan raya ini “kurang bebas dan tentunya tidak adil”.

- mkini


Berita Kematian Ust Azizan Adalah Tidak Benar


Berita kematian bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang tersebar sejak pagi tadi fitnah semata-mata.

Sejak 11.35 pagi tadi, Pesuruhjaya Pas Kedah itu dikesan stabil di Hospital Besar Pulau Pulang, George Town.

"Tekanan darah Ustaz Azizan kembali normal, pulse rate tachycardia dah...jangan percaya sumber luar. Percaya la sumber drpd Ana," kata pegawai pembantu perubatan kanan hospital itu menerusi WhatsApp.

Menurut sumber, Azizan sekarang turut menerima rawatan hemodialisis di CCU dalam selama 24 jam.


Lebih sejam lepas, kesihatan Azizan kurang stabil.

"Keadaan Ustaz Azizan sekarang ini berada dalam keadaan kritikal.

"Tekanan darah menurun dlm keadaan severe, sehingga terpaksa on 4 jenis inotropes iaitu dopamine, dobutamine, noradrenaline, adrenaline.

"Beliau juga dalam keadaan koma. Beliau masih bernafas dengan bantuan alat pernafasan (ventilator). Glasgow coma scale (GSC) Ustaz Azizan berada 3/15," lapor sumber sama pada dok 10.51 pagi tadi.

Tengah malam tadi, Azizan dikejar dari Kedah Medical Center (KMC) ke Hospital Besar Pulau Pinang ekoran komplikasi jantung.



Terkini - Datuk Sri Azizan Razak Meninggal Dunia?

Mantan mb Kedah dilapurkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di salah sebuah hospital di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun berita belum dapat disahkan. Kami sedang menunggu pengesahan lanjut.

Berita lanjut bakal menyusul.

PAS Setuju Khalid MB Selangor

SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

Najib Gagal Dan Patut Serah Jawatan PM Kepada Muhyiddin

KOTA BHARU:Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.
 

“Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.
 

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam.
 

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.
 

Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.
 

“Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam.
 

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.
 

“Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam.

Najib Gagal Dan Patut Serah Jawatan PM Kepada Muhyiddin

KOTA BHARU:Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus memberikan laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui negara kerana keputusan PRU13 yang mengecewakan.
 

“Pada 2008, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Puad Zarkashi dan lain-lain pemimpin Umno telah buat kenyataan – meminta Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) untuk bertanggungjawab dengan kegagalan di PRU12.
 

"Kalau logik singkir Pak Lah ialah universal, logik yang sama perlu dipakai pada Najib. Morally, Najib harus buka laluan untuk Muhyiddin untuk ganti beliau sebagai Perdana Menteri,” kata Husam semalam.
 

Menurut Husam, Najib mencatat keputusan yang lebih teruk daripada Pak Lah di mana BN kalah dalam undi popular kepada Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dan juga kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 daripada 140 daripada apa yang dicapai Pak Lah.
 

Husam juga menyentuh ungkapan ‘Tsunami Cina’ yang diguna Najib untuk mencari kambing hitam atas prestasi BN yang semakin merosot.
 

“Isu itu dibangkitkan untuk sambung hayat politik Najib yang terumbang-ambing dengan keputusan PRU13. Ungkapan itu juga menandakan konsep 1Malaysianya telah gagal. Konsep itu adalah satu-satunya modal Najib – sekarang modal ini sudah gagal, maka beliau harus berundur,” tegas Husam.
 

Husam juga menolak hujah politik Najib mengenai ‘Tsunami Cina’ yang menyebabkan kemerosotan BN kerana BN hampir-hampir kehilangan Terengganu yang peratus undi Melayunya 95 peratus.
 

“Saya menolak politik perkauman dan anti-Cina. Saya yakin ada cetusan lain untuk mengekalkan beliau (Najib) sebagai Perdana Menteri,” kata Husam.

Menyanggah Dakwaan Cina Sokong Calon Cina

Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. kerana kesedaran politik sempit mereka jadi dungu..

DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. 

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan.

Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN,

Gua bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-

1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya : 

Menangnya Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-

1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. 

Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. MCA pun takut bertanding di sini... Ghani Othman tujuk terrer pulak.... wakaka

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Gua nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa?
Gua kasi senarai bro.

petunjuk - M =melayu

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN) 

9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

- gendang perang

Najib pertahan Utusan, kata akhbar Cina pun sama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertanya soalan "Apa lagi Cina mahu?"

"Anda menyalahkan Utusan tapi anda tidak bertanya tentang akhbar Cina," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.


Najib (kanan) menyebut bahawa akhbar Cina pun menyiarkan jenis berita yang sama, sebelum meninggalkan tempat sidang akhbar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dua setengah jam dengan wakil rakyat BN yang baru dipilih di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Najib juga berkata masyarakat Cina telah terpengaruh dengan pembangkang dan bertanggapan bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menyalahkan mereka, tetapi menegaskan bahawa mereka perlu diberitahu bahawa mereka telah terpengaruh sama seperti dakwaan 16 Sept, lapor fz.com, merujuk kepada kegagalan percubaan Pakatan Rakyat gagal untuk memujuk 30 Ahli Parlimen BN menyertai mereka pada 2008. - mkini


Dr M: Cina 'tolak salam persahabatan Melayu'



Masyarakat Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini ketika menilai prestasi BN dalam pilihan raya umum ke-13.


Menurutnya, masyarakat Cina telah termakan "propaganda" DAP untuk menjatuhkan kerajaan "Melayu yang korup".

Beliau juga menolak tanggapan bahawa trend pengundian mencerminkan wujudnya jurang politik bandar dan luar bandar.

"Sekarang bandar meliputi kawasan pinggir bandar juga," katanya sambil menambah bahawa hasilnya Selangor telah menjadi sebuah negara yang majoriti Cina.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa kempen DAP adalah untuk membuat masyarakat Cina membenci orang Melayu.

"Saya telah berkata beberapa kali dalam kempen saya, begitu juga di Johor. Lim Kit Siang membawa konsep Malaysian Malaysia, dengan niat untuk membuat orang Cina membenci Melayu," kata Dr Mahathir.

Akibatnya, tambah beliau, ramai orang Cina menolak salam persahabatan Melayu."

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menolak kewujudan "Melayu yang tamak" untuk mendapatkan kuasa.

Menurutnya, terdapat tiga parti berasaskan Melayu, dan wujud keretakan dalam setiap parti, begitu juga Umno.

Malah, kata Mahathir, orang Melayu telah menjadi "pengemis di negara mereka sendiri".

"Jika orang Melayu tidak tamak, tidak akan berlaku 'tsunami Cina," tegasnya. - mkini



Blogger Papagomo Dan King Jason Ditahan Polis

Penulis blog kontroversi pro-Umno Papagomo hari ini ditahan polis.

Belia ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.

Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.

Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.



Pas Damansara Bodoh Macam Hasan Ali..

Inilah antara sebab mengapa Allah swt tak benarkan Pas memerintah negara agaknya.. Benda-benda bodoh macam ni pun tak boleh nak fikir dan selesaikan.. Camna pulak nak selesaikan kes2 besar yang melibatkan wang berbilion-bilon.. hehehe..


Umno Main Politik Perkauman Pulak??

 
(Laporan muka depan Utusan hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS mengingatkan semua pihak pengamal politik dan terutamanya media untuk tidak membuat kenyataan beremosi kaum yang boleh menimbulkan kegelisahan antara kaum.


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenytaaannya berkata, tiada siapa yang patut menuding jari pada mana-mana kaum semata-mata mereka tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13.

"PAS menggesa pihak berkuasa segera melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman," kata Mustafa dalam kenyataannya.

Hari ini akhbar Umno Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan dengan tajuk 'Apa lagi Cina mahu' manakala semalam Datuk Seri Najib dalam kenyataannya berkata, pilihan raya kali ini 'tsunami Cina'.

Bagi PAS, apa yang berlaku di PRU13 ialah penolakan secara umum daripada semua golongan terhadap BN.
Disebabkan itu, BN tewas undi popular buat kali pertamanya dalam sejarah, tegas beliau.

Ini jelas kerana 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN mengikut data yang dikeluarkan SPR semalam.

Hanya pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja yang ingin melihat fenomena menolak BN ini dari sudut perkauman, katanya.


Monday, May 6, 2013

Jawatan MB Selangor - Hasan Ali Jangan Menyibuk Laa..



Malang bertimpa-timpa buat Hasan Ali. Kalau lah tidak kerana ketamakan dan kebodohan diri sendiri, sudah tentu jawatan menteri besar Selangor dah jadi milik aku.. Itulah agaknya yang bermain di kepala manusia busuk ini sekarang. Sudah tiga malam tidur malamnya diganggu mimpi ngeri akibat perbuatan bodohnya semasa berada dalam PAS..

Bagi menjayakan bisikan iblis dan syaitan yang bersarang kukuh dalam dirinya akibat sifat hasad dan dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat menawan kembali Selangor dengan majoriti yang hebat maka mulalah manusia yang bernama Hasan Ali merekacipta fitnah jahat agar kesepakatan Pakatan Rakyat di negeri Selangor retak akibat persengketaan memilih menteri besar yang baru.

Adalah diharapkan Pakatan Rakyat terutamanya parti Pas tidak terpengaruh dan terlalu angkuh dengan jumlah kerusi yang telah mereka menangi. Ingatlah bahawa tanpa kejayaan pemerintahan lalu yang diketuai Datuk Khalid Ibrahim yang telah banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas hari ini.

Ambillah iktibar apa ynga telah terjadi kepada kerajaan Pas Terengganu dan terbaru kehancuran kerajaan Pas Kedah. Jangan kerana sifat tamak yang bercambah di kalangan pimpinan Pas semuanya yang terhidang kini akan hilang dalam sekelip mata ibarat pepatah 'yang dikejar tak dapat yang dkendong pula keciciran'.


PRU13 Membuktikan Bahawa PR Lebih Popular Berbanding BN

Undi popular PR 49.96%, BN 46.53%

KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.

Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.

Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi berbanding 4,513,997 undi kepada BN.

Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.

Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ‘Tsunami Cina’ telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.

Namun begitu, telahannya disangkal bekas ketua editor News Straits Times A. Kadir Jasin.

“Apakah keputusan PRU kali ini berupa “Chinese tsunami” seperti yang Mohd Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?” tulis beliau di blognya.

Kadir juga berkata walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi hakikatnya, kekuatan BN dalam semua DUN merosot.

“Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri,” kata beliau.

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menyangkal dakwaan Najib. Beliau berkata kerusi Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut, Sepang dan Penampang tidak mungkin dimenangi PR jika Melayu tidak berubah bersama PR.

Penganalisa politik pula berkata PRU13 ini memperlihatkan pengundi Melayu luar bandar berpihak pada BN, akan tetapi rakyat pelbagai kaum di bandar memihak kepada PR.

“BN menang di kawasan parlimen yang kecil pengundinya dan mempunyai peratusan Melayu yang lebih besar, terutamanya di kawasan pedalaman,” kata beliau.

Kenyataan Tsunami Cina Tidak Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR:Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar(gambar)menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.

Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah 'bangsat' yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.

Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan 'National Reconciliation' terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.

"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.

Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.

Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.

- Harakah

Jom Ucap Tahniah Kepada Zul Noordin 101% Boleh Menang.

Mari kita pakat ucap tahniah kepada calon ini atas "kemenangan" dan keyakinannya menjadi MP pada 5 Mei yang lalu.

Ucapan anda bolehlah diucapkan kepada calon boleh menang ni kat sini..

Jika teruja sangat untuk berjumpa dengannya untuk ucap tahniah secara "live" jangan lupa bawa bunga.






Siapa Bekalkan Dakwat Pen Parker Ni??


DAP: Siapa bekal dakwat kekal?

Bekas anggota jawatankuasa terpilih khas parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya Anthony Loke menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan nama pembekal untuk dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya 5 Mei.

Beliau juga menyelar timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata pengundi tidak boleh mengundi berulang kali walau dakwat tersebut tidak berkesan.

“Saya rasa mereka membelanjakan berjuta ringgit (untuk dakwat), dan kesemuanya sudah dibazirkan," katanya yang mahu pembekal tersebut bertanggungjawab.

"Lebih penting lagi, ia menimbulkan kesangsian di kalangan pengundi, sama ada pilihan raya dijalankan dengan bebas dan adil, dan sama ada terdapat orang yang boleh mengundi dia kali semalam,” kata Loke dalam satu sidang media.


Kelantan Akan Dapat MB Yang Baru ??

KUALA LUMPUR, 6 Mei— Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Datuk Ahmad Yakcop hari ini, menamatkan pemerintahannya selama 22 tahun di negeri tersebut.

Mursyidul Am PAS itu sekali lagi berjaya memimpin parti Islam tersebut untuk menang semalam dalam Pilihan Raya 2013 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendapat 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus mempertahankan negeri yang diperintah semenjak 1990.

The Star Online mengesahkan pengganti Nik Aziz, Ahmad akan mengangkat sumpah di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini.

Selain itu, timbalan menteri besar baru Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan Exco baru akan turut mengangkat sumpah petang ini.

DAP restu Anwar kekal Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR - DAP akan terus memberikan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus kekal menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen walaupun DAP memiliki kelebihan kerusi Dewan Rakyat.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, pada dasarnya seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

"...tetapi memandangkan keputusan pilihan raya tidak memihak kepada PR, maka DAP akan tetap menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Sokongan ini akan berterusan bukan hanya setakat Ketua Pembangkang malah mungkin sebagai Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, sebentar tadi.

Sunday, May 5, 2013

Lagi Video Penyelewengan SPR

Terima Kasih Azizan Razak Dan Hang Memang Patut Letak Jawatan Dah...

TQ Mantan MB Kedah atas kerja baik anda.. ini ada pandangan rakyat pasal anda dan bekas kerajaan negeri..??

1. Lambat implementasi pemerintahan yg benar2 mengikut acuan Islam sbb yg menang dulu ada pkr ada dap,kena ambil kira byk pendapat. Bukan mcm di kelantan pas majoriti.

2. Masalah dalaman pemimpin,berani calarkan nama parti pas sbb nak jadi mb(engineer),xbersekutu dgn kawan sendiri sbb keinginan tak dapat dipenuhi. Berpecah belah sbb berbeza pendapat.


3. Silap letak mat sabu sbb dia takkan boleh menang di mana2 pun.

4. Pengaruh Tun M dan Mukhriz kuat walaupun anak Tun M ada kilang arak tak semua org kampung di pedalaman tahu.

5. Mb baik dgn umno atas dasar sahabat walaupun berbeza pandangan politik tp org melayu kedah yg berfikiran sempit tak boleh terima,bg mereka lawan tetap lawan xboleh berkawan.

6. Walaupun sifar rasuah dan amanah tetapi rakyat skrg mahukan lebih byk perubahan fizikal yg dpt mereka nikmati dan jika ada yb yg sombong xkan ada org yg suka.

7. Klu ada dikalangan org pas hati busuk asyik fikir nak kuasa dan projek mcm mana Tuhan nak bg kemenangan,bkn mcm umno tu mmg budaya mereka.

8. Org2 kampung tak dpt pendedahan media sosial yg meluas bkn mcm di selangor atau penang. Sbb tu umno biarkan tmpt yg hulu tetap jd hulu. Maaf tp skrg yg hulu kedah atau kelantan? Sudah pasti kedah terkebelakang sbb rakyat kelantan pun tau bezakan kerajaan mana patut dipilih.

9. Kedah antara negeri yg paling kerap bertukar mb,lps ni tukar lg,mana la tau. Rakyat kedah mmg dah byk mb sekurang2 nya ada jgk yg dari pas.

10. Pas dah selalu kalah bila kalah dah alah bisa tegal biasa. Bila dah menang jd mcm terengganu pula, ahli dan pemimpin pas kena muhasabah diri jgn fikir perjuangan dunia semata2.

11. Bn menang tipis di kedah,rakyat kedah masih 50/50 bn atau pakatan rakyat.

12. Jika wujud penipuan dlm pilihanraya kebenaran akan terbukti,hanya tgu balasan di dunia atau akhirat shj.

P/s: duit rakyat kedah dah byk tp skrg bn dpt balik duit yg berjuta2 tu. salah siapa? jgn terkejut klu yg miskin makin miskin yg kaya makin kaya. Apapun harap mukhriz akan jd pemimpin yg amanah walaupun bn ditolak rakyat.

- Sumber

Ahmad Bashah Terus Dirundung Malang.. Umno Tak Kenang Jasanya..

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dijadual mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Istana Anak Bukit di sini jam 3 petang ini.

Dipetik Star Online, Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.


"Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah," kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah terlebih dahulu.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pakatan Rakyat pula memenangi 15 kerusi.

Mukhriz yang sebelum ini Ahli Parlimen Jerlun menewaskan penyandang kerusi Dun Ayer Hitam dari Pas, Abdul Ghani Ahmad.

BN berjaya merampas semula Kedah apabila memenangi 20 dari 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Senarai calon parlimen PAS yang menang pada PRU13

1) Shah Alam – Datuk Khalid Samad
2) Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar
3) Kota Raja – Dr Mariah Muda
4) Tumpat – Datuk Kamaruddin Jaafar
5) Kubang Kerian – Ahmad Baihaqi Atiqullah
6) Pengkalan Chepa – Izani Hussein
7) Marang – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
8) Kuala Terengganu – Datuk Raja Kamarul Baharin
9) Dungun – Wan Hassan Wan Ramli
10) Kuala Nerus – Mohd Khairuddin Aman Razali
11) Pasir Puteh – Nik Mazian Nik Mohamed
12)Pasir Mas – Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
13) Parit Buntar – Dr Mujahid Yusof Rawa
14) Bukit Gantang – Idris Ahmad
15) Hulu Langat – Dr Rosli Che Mat
16) Temerloh – Nasrudin Hassan
17) Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Ramli
18) Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusoff
19) Kota Bharu – Datuk Takiyuddin Hassan
20) Sepang – Hanipa Maidin
21) Sungai Besar – Mohd Salleh Husin
22) Bachok – Ahmad Marzuki Shaari

PAS kehilangankerusi parlimen Titiwangsa, Kuala Selangor, Pendang, Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai.

Ali Rustam Menangis Ditolak Rakyat Melaka

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.

Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.

Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya".

- Bernama

Pakatan Rakyat Tolak Keputusan PRU13

Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya.

Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. 

Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

BN menang

12.48am BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am: BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.

Dua Timbalan Menteri, Puad Zarkashi dan Saifuddin turut kalah

Timbalan menteri BN Dr Mohd Puad Zarkashi tewas ditangan calon PKR Datuk Idris Jauzi di kerusi Parlimen Batu Pahat.

Sementara Datuk Saifuddin Abdullah juga turut dikalahkan oleh calon PAS Nasrudin Hasan di kerusi Parlimen Termerloh.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang, Rhu Rendang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di kedua-dua kerusi Parlimen Marang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang yang ditandinginya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tewas di kerusi Parlimen Pendang di tangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Othman Bin Abdul.

TERKINI 11:54 MALAM - PAKATAN RAKYAT 68 BN 60 KERUSI PARLIMEN

Ibrahim Ali Dan Zul Noordin Kalah

Dua calon Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin tewas di kerusi masing-masing Pasir Mas dan Shah Alam.

Ibrahim, yang disokong kuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kalah kepada calon PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala Zulkifli yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) kalah kepada penyandang kerusi Khalid Abdul Samad dengan melebihi 10,000 majoriti undi.

Kedua-dua calon kontroversi ini menjadi perhatian sepanjang Pilihan Raya 2013 oleh kerana tindakan-tindakan mereka seperti menghina kaum dan agama lain.

Anwar pertahankan Permatang Pauh, tiga menteri kalah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang mula ditandinginya sejak 1982.

Anwar menang dengan majoriti 11,721 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan calon bebas.

Tiga menteri BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Tan Sri Bernard Dompok kalah di kawasan masing-masing.

Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan majoriti dua pertiga.

PR mendapat 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 20 kerusi DUN.

Di Pulau Pinang, pengerusi BN Teng Chang Yeow telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin BN negeri tersebut.

Datuk Johari Abdul dari Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi Parlimen Titiwangsa dari PAS dengan majoriti 866 undi.

TERKINI 10:51 MLM - Pakatan Dahului BN

Pakatan akui mungkin kalah di Kedah

Pakatan Rakyat (PR) mengakui mungkin kalah di negeri Kedah yang mereka menang buat pertama kali pada Pilihan Raya 2008.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Senator Datuk Yusof Husin, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dan Bandar Baharu berkemungkinan besar jatuh ketangan Barisan Nasional (BN).

“Kedah nampak berat. Berat sangat,” kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Lim Kit Siang Dan Salahuddin Ayub Menang

10.25pm: DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah.

Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai.

10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

PR mendahului BN dari segi kemenangan kerusi Parlimen

Pakatan Rakyat kini secara tidak rasmi memenangi 12 kerusi berbanding BN 3, kesemuanya di Sarawak.

1) DAP menang kesemua kerusi parlimen di Selangor yang ditandinginya. Serdang, Petaling Jaya Utara, Puchong dan Klang sudah hampir pasti disahkan

2) DUN Kedah hampir pasti kekal di tangan Pakatan Rakyat apabila PAS mendahului BN dengan kelebihan enam kerusi.

3) Nurul Izzah Anwar kini sedang mendahului Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di parlimen Lembah Pantai. Nurul kini memperolehi 15,141 undi berbanding Raja Nong Chik 11,176 undi.

4) DAP hampir pasti menang di parlimen Ipoh Timor melalui calonnya, Thomas Su dengan majoriti besar 31,662 undi.

5) Kesemua 11 DUN di Negeri Sembilan yang ditandingi DAP menang manakala KEADILAN dan PAS dijangka menambah lagi sekurang-kurangnya 11 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

6) BN menang di parlimen Putrajaya menewaskan calon PAS, Husam Musa dengan kiraan majoriti lebih 4 ribu undi.

TAK RASMI - NURUL IZZAH MENANG DI LEMBAH PANTAI

9.08pm: TIDAK RASMI Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti lebih kecil.

PKR - 27,234
BN - 25,666

Jumlah pengundi: 72,533

Rafizi Ramli Menang Di Pandan



[Unofficial Pandan] till 8.35pm. PKR=19,322 BN=8,320. Majority: 11,002

Husam Tewas Di Putrajaya


7:47pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804
PAS - 4366

TERKINI - 8 Malam

Keputusan Terkini :

P.198 Mambong
BN : 3510
PKR : 952
STAR : 85


P.201 Batang Lupar
BN : 10902
PKR : 3376


P.203 Lubok Antu
BN : 1417
PKR : 476
SWP : 750


P.204 Betong
BN : 3307
PKR : 907


P.205 Saratok
BN : 4491
PKR : 5708
BEBAS : 194


P.209 Julau
BN : 4403
PKR : 1217
SWP : 1726


P.212 Sibu
BN : 2575
DAP : 405
BEBAS : 5


P.214 Selangau
BN : 2036
PKR : 497
SWP 602


P.220 Baram
BN : 4689
PKR : 4642
BEBAS : 129


P.221 Limbang
BN : 6508
PKR : 1830

Anwar dakwa 'Pakatan Rakyat telah menang'

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter hari ini.

Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

Kit Siang Menang Besar Di Gelang Patah

TIDAK RESMI - BENARKAH KIT SIANG MENANG BESAR?

BENARKAH berita yg baru aku terima? Parlimen Gelang Patah, Johor menyaksikan calon PR, Lim Kit Siang dari DAP menang besar menewaskan bekas MB Johor, Ghani Othman? Berita ini tidak sahih dan tidak resmi...Harap-harap betul.

- http://wfauzdin.blogspot.com

TERKINI DARI GELANG PATAH

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah, Johor.
BN - 2,237
DAP - 1,382

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah, Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532
DAP - 688

- malaysiakini

KEPUTUSAN TERKINI - PARLIMEN SARATOK JATUH KE TANGAN PAKATAN (TAK RASMI)


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dipercayai sudah memenangi kerusi parlimen P205 Saratok menurut beberapa sumber memaklumkan perkara itu.

Calon KEADILAN, Ali Biju yang merupakan ADUN Krian memperolehi 3,769 undi berbanding lawannya dari Barisan Nasional (BN), William Mawan Ikorm yang memperolehi 2,418 undi setelah selesai 39 peti undi dikira.

Pusat pengundian juga telah ditutup jam 4.30 petang tadi.

@MrAloysiusCS: Unofficial Saratok: 39 peti undi BN (2418) PKR (3769) Bebas (86) Rosak (61)

Pengerusi Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim juga mengumumkannnya dalam laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Saratok merupakan salah satu daripada 12 kerusi yang disasarkan Pakatan Rakyat untuk dimenangi kerana calon BN berdepan dengan masalah terutamanya pengundi di parlimen itu.




Sidang Media Pakatan Di One World Hotel 9 Malam Ini

Pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk menyambut kemenangan pilihan raya ke 13 dan akan membuat pengumuman mengenainya seawal jam 9 malam ini.

Sebuah dewan telah di tempat di One World Hotel, Bandar Utama (bersebelahan pusat beli belah One Utama) untuk tujuan tersebut.

Sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan disitu jika Pakatan menang dalam pilihan raya ini.


Ia akan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Malam tadi kempen PAS mencatat sejarah apabila peningkatan sokongan empat peratus berlaku kepada PAS dari pengundi Melayu. Peningkatan mendadak ini membayangkan suasana baik kepada PAS dan Pakatan di hari mengundi hari ini.
Sementara waktu itu, para pimpinan Pakatan akan berkumpul di Ibu Pejabat parti masing-masing bagi mengumpulkan keputusan pilihan raya ini.

Pemimpin PAS akan berkumpul di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya manakala DAP di ibu pejabatnya di Jalan Pudu.

Keputusan awal dijangka akan diketahui sekitar jam 7 hingga 8 malam ini melalui Borang 14 yang dikumpul di semua pusat pengiraan undi yang dijangka bermula jam 5.30 petang.

Semua pusat pengundi dijangka akan ditutup jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula jam 5.30 petang.

Undi awal pula dijangka akan sampai ke pusat penjumlahan undi dan dikira mulai jam 3 petang.


Hishamuddin Hussein Terselamat Dalam Nahas Helikopter

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya terselamat dalam nahas helikopter di TUDM Sungai Besi, sebentar tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan identiti mangsa ketika nahas helikpter yang terbalik ketika hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada kira-kira jam 3.50 petang itu. Ketika kejadian, rombongan menteri berkenaan dalam perjalanan pulang dari Johor apabila cuaca dan angin kencang menyebabkan pesawat terbabit tergelincir.


Hantu Ni Tak Tahu Nyanyi Lagu Negaraku



Seorang pengundi yang mencurigakan dari Sabah disoal oleh petugas Pakatan Rakyat di Pandan, Selangor, apabila dia cuba untuk menuntut wang di pondok mereka selepas mengundi.

NONECalon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (kanan) memberitahu
pemberita bahawa pengundi tersebut, Mazlan Zulkiflee, datang ke pondok parti itu di luar pusat mengundi di Taski Abim Taman Mawar untuk menuntut RM700 pada kira-kira 1 tengahari ini.

Beliau menunjukkan dokumen termasuk kad pengenalan dengan alamat di Taman Mawar, dan tiket penerbangan sehala dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia tidak boleh menyanyi lagi Negaraku apabila diminta berbuat demikian dan tidak ingat alamat yang tertera pada kad pengenalannya.

"Jika anda tanya kepada saya, saya mengesyaki dia rakyat Indonesia," kata Rafizi samil menambah percakapan lelaki itu bunyai seperti orang Indonesia dari Sabah.


Rakaman Video Pengundi Hantu


Di Sungai Siput





Di Gelang Patah











Sedih Sungguh Bila Warga Asing Digunakan Untuk Tentukan Masa Depan Negara

Berikut ialah beberapa kes "pengundi hantu" yang terdiri daripada warganegara asing yang dapat dirakam dan disiarkan secara meluas melalui media sosial.

Di dalam kebanyakan kes, warganegara asing ini didapati memiliki kad pengenalan (Mykad) yang masih baru dan tidak tahu bertutur di dalam bahasa Malaysia serta tak kenal siapa PM Malaysia!

Sementara di dalam beberapa kes yang lain, pihak polis digunakan untuk mengeskot warga negara asing ini untuk mengundi.


















Saturday, May 4, 2013

PKR halang pengundi meragukan di Pandan

Terdapat pengundi yang meragukan muncul di pusat pengundian di Pandan tetapi beredar selepas dibantah oleh agen pengundian Pakatan, dakwa calon PKR Pandan Rafizi Ramli.

Katanya, seorang pemilih di Parlimen itu Seok Leong Yew memaklumkan pasukan petugasnya, terdapat pengundi meragukan didaftarkan menggunakan alamat rumahnya.


Rafizi berkata, pihaknya telah mengedarkan semua nombor kad pengenalan yang meragukan kepada agen pusat pengundian dan setelah itu mereka membuat bantahan.

"Oleh kerana orang kami bantah (pengundi meragukan), dia tinggalkan tanpa mengundi," kata Rafizi dalam sidang media di hadapan ibu pejabat polis daerah Ampang sebelum masuk dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Rafizi ditemani seorang pengundi Sivaprakasam Kuruppiah yang juga mendakwa alamat rumahnya turut didaftarkan pengundi lain.



Kota Damansara Terus Celaru

Walaupun PAS mengambil keputusan untuk "beralah" di kerusi DUN Kota Damansara, namun penyokong parti itu dilihat berkempen dan memancing undi untuk calon parti itu di luar pusat mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 6. 

Kira-kira lapan penyokong PAS memegang kain rentang dan sepanduk gambar calon parti itu , Ridzuan Ismail sambil melaungkan "Jangan lupa undi PAS". 

Selain itu, turut serta berkempen dan memancing undi di kawasan sekolah itu ialah beberapa orang penyokong PKR. 

Mereka bagaimanapun tidak memegang sepanduk gambar Nasir sebaliknya hanya memegang gambar logo Pakatan Rakyat sambil melaungkan "Undi Pakatan Rakyat. Undi dua (PAS dan PKR) ini sahaja". 

Sementara itu, salah seorang muslimat PAS bahagian yang turut berkempen ketika ditemui berkata, beliau bersama ahli yang lain menolak Nasir sebagai calon memandangkan beliau bukan ahli PKR. 

Ketika ditanya adakah tindakan mereka akan memecahkan undi kepada Pakatan, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Noni berkata, perkara itu tidak akan terjadi kerana hanya orang tempatan sahaja yang tahu situasi sebenar. 

"Tak. Tak akan pecah undi. Orang sini sahaja yang tahu apa yang terjadi. Kita memang tolak dia (Nasir) sebab dia dari PSM bukan dari PKR. Kalau dia betul-betul ahli PKR kita tak kisah sebab dalam Pakatan pun hanya ada PAS, DAP dan PKR," katanya lagi. 

Pada 27 April lalu, setelah hampir seminggu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), PAS akhirnya memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PSM Mohd Nasir di Kota Damansara. 

Nasir yang juga penyandang kerusi DUN itu bertanding di bawah tiket PKR. 

Sementara itu, calon Parlimen Subang Dr R Sivarasah yang ditemui ketika melawat tempat mengundi berkata, beliau tidak mahu komen tentang situasi yang berlaku di kawasan itu. 

Sebaliknya Sivarasah berkata, beliau akur dengan keputusan pimpinan Pakatan. 

"Saya akur dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu sahaja saya boleh komen," katanya.

PANAS - Bangla Dan Myanmar Sudah Mula Masuk Pusat Pengundian

Berita pertama tentang bangla nasional hari ini. Lokasi tidak diketahui. Kelihatan ramai pengundi mempersoal kehadiran bangla nasional tersebut ke pusat mengundi.














PERHATIAN,

Kpd petugas2 pilihanraya PAKATAN RAKYAT Kuala Selangor, Selangor.

Lokasi: Hadapan PKNS Kuala Selangor
Kenderaan: Bas Persiaran
No plat: BKV 6699
Suspek: Muka iras2 Indonesia n Acheh
Masa: SEKARANG
Tindakan: Mohon siasat

Sumber - wasukalu


PANAS - Mahathir Sudah Cabut Lari..??


Tun M dah terbang ke europe nak pergi berubat katanya.. - Sumber


Hingga Saat Akhir SPR Masih Berkempen Untuk Umno

PUTRAJAYA - Tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak memberi wang atau menaja pengundi, tetapi tidak memaksa untuk memangkah mana-mana calon dalam pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

“Tajaan tersebut tidak salah, malah ia dianggap membantu memudahkan pengundi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka.


“Mungkin ada pihak memberikan wang untuk (pengundi) pulang. Itu dianggap tidak menyalahi undang-undang. Yang salah jika wujud kata-kata menyuruh memangkah nama-nama tertentu,” katanya.

SPR, katanya, akan bertindak jika ada laporan wujud rasuah undi di kalangan parti-parti politik pada hari mengundi esok.
perkara ini akan diambil perhatian jika ada pihak yang membuat laporan polis.

“Kita akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan dan hukuman selanjutnya.

“Tapi sebelum itu, polis akan menyiasat sama ada ia benar atau tidak,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.


Gangster BN Merusuh Di Penang

tiada syak dan wasangka lagi,,,,
umno bn adalah pencetus huru hara besok jika mereka kalah !!!


Terkini Dari Alor Setar - Ahmad Bashah Sudah Sabotaj Umno

Berita diterima dari sumber Umno Kedah penyokong Datuk Ahmad Bashah telah bertindak menutup bilik gerakan umno dan mencabut bendera dan poster umno sebagai membantah tindakan Najib mengumumkan pelantikan Mukhriz sebagai bakal MB Kedah sekiranya BN kembali menguasai Kedah.

Berita lanjut bakal menyusul.

Penyokong Ahmad Bashah Melenting Sakan Bila Najib Umum Mukhriz Bakal MB Kedah

Seperti disebut-sebut, anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir akan dilantik sebagai menteri besar sekiranya BN berjaya merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu malam ini, tidak sampai 24 jam sebelum peti undi dibuka pada jam 8 pagi esok, lapor Utusan Online.



Langkah itu dipercayai diambil bagi mengukuhkan sokongan BN di negeri Jelapang Padi yang menyaksikan PAS perlahan-lahan meraih kembali popularitinya, memasuki saat-saat berakhir waktu kempen.

Bagaimanapun, jika tersilap langkah, strategi itu mungkin memakan diri apabila terdapat analisis yang mengatakan peluang anak Tun Dr Mahathir itu tidak baik ekoran peningkatan mendadak sokongan masyarakat Cina dan Siam kepada Pakatan akhir-akhir ini.

Malah, PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya di Ayer Hitam menentang Mukhriz walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Ini ekoran sentimen antilegasi Dr Mahathir yang masih wujud di peringkat akar Umbi.

Malah, pengumuman Najib juga boleh memakan diri apabila ia berpotensi menimbulkan keresahan penyokong BN yang selama ini dalam diam menyokong ketua perhubungan Umno Ahmad Bashah Nd Hanipah sebagai bakal menteri besar.



Pengundi Perlu Tolak Calon Pas Kota Damansara

Hanya satu perkataan sahaja yang boleh dijadikan alasan: KHIANAT.

Apa pun kritikan mereka terhadap Dr Nasir, fakta menunjukkan Dr Nasir tidak pernah khianat kepada PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Dengan kata lain, Dr Nasir dan PSM adalah kawan kepada Pakatan Rakyat.

Maka, atas semangat setiakawan sahaja pun sudah cukup bagi sesiapa sahaja untuk tidak menikam Dr Nasir dari belakang.

Apa yang dilakukan oleh PAS Subang di Kota Damansara adalah satu bentuk pengkhianatan yang tidak diajar dalam ISlam.


Lebih-lebih lagi sudah pun ada persefahaman di peringkat Pusat berkenaan dengan siapakah yang patut bertanding.

Namun, hakikat sebenarnya menantu Presiden PAS, Ustaz Din Ayam tidak mengendahkan semua itu.

Beliau ingat dengan ijazah Al Azhar beliau itu, beliau boleh lakukan apa sahaja yang beliau suka termasuk mengkhianati persahabatan dengan PSM.

Setelah kedatangan Cikgu Mustafa Ali ke Kota Damansara malam tadi pun puak2 Pemuda Subang serta YDP PAS Subang dengan selamba sahaja melanggar arahan PAS Pusat.

Kalau dimenangkan calon PAS Kota Damansara itu, nescaya selepas ini tiada siapa lagi yang akan percaya dengan PAS. Semua akan menganggap PAS adalah parti penipu dan pembohong.

Hakikatnya, PAS dirosakkan oleh puak2 PAS Terengganu dengan mereka membawa perangai Terengganu mereka ke Selangor.

Ustaz Din Ayam yang mendapatkan watikah dari Presiden itu adalah orang Terengganu.

Calon PAS Kota Damansara, Ridzuan Ismail itu juga orang Terengganu. Maka, perangai hodoh sombong bongkak PAS Terengganu di bawa ke Selangor oleh mereka ini tanpa memikirkan tindakan mereka menyebabkan imej PAS jatuh merudum.

Alasan sosialis yang digunakan oleh puak2 ini juga dangkal kerana Islam tidak pernah mengharamkan Sosialisma.

BArangkali kerana terlalu malu dengan kutukan yang datang dari seluruh Malaysia, puak2 PAS Kota Damansara/Terengganu ini telah menggunakan mimbar Masjid/Surau Al Hikmah hari ini untuk menista dan memaki Dr Nasir serta menyebarkan cerita bohong kononnya Sosialisma itu haram di dalam Islam.

Yang sebuk mengharamkan sosialisma adalah puak2 Wahabbi dan SAlafi kerana budaya sosialisma dibenci oleh keluarga Saud memandangkan ia berpotensi untuk menjatuhkan kerajaan Saudi.

Hakikatnya tiada IJMA akan haramnya fahaman sosialisma.

Hakikatnya, Dr Burhanuddin Al Helmi satu masa dahulu adalah seorang Sosialis dan pernah menjadi Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Tidak cukup dengan itu, semasa di Indonesia Dr Burhanuddin pernah menjadi pengikut Sarekat Islam Merah.

Sosialisma tidak bertentangan dengan Islam. Yang berlawanan dengan Islam adalah SEKULARISMA.

Sosialisma adalah bermaksud harta negara dibahagi lebih kepada rakyat dari kaum pemodal. Itu sahaja. Apa yang berlawanan dengan Islam nya?

Penutup, janganlah tertipu dengan mainan menantu Presiden, calon Kota Damansara Ridzuan Ismail yang tidak disukai oleh dalaman PAS Subang sendiri.

Bayangkan, kalau Ridzuan ni menang habis semua orang dia akan kafirkan kerana perangai beliau yang suka mengkafir. Termasuk yang dikafirkan oleh beliau adalah parti PKR sendiri.

Punya banyak masjid yang bermasaalah dgn Ridzuan ini kerana secara amnya beliau tidak reti menjaga masa. Kalau dijemput program, kena terima hakikat yang beliau tidak akan dapat menepati masa.

Ridzuan dijadikan calon kerana dia adalah budak suruhan Ustaz Din Ayam@menantu Presiden. Dia tidak dipilih oleh PAS kAwasan mahupun Perhubungan Negeri Selangor.

Malah, pada tahun 2008 nama beliau ditolak bertanding di DUN Paya Jaras dan diganti dengan orang luar bernama Khairuddin Othman.

Bagi Tulang Besi, calon PAS kota Damansara tidak mewakili PAS, mewakili dakwah mahupun mewakili Islam. Dia hanyalah alat kepada Din Ayam yang mahu menunjukkan kuasa beliau serta mahu mensabotaj Pakatan Rakyat.

Tindakan Din Ayam, Hj Mesni, Ridzuan serta Pemuda Subang ini telah memberi jasa besar kepada UMNO. Kerusi Kota Damansara sudah pun selamat berada dalam tangan UMNO sekarang ini.

TULANG BESI