Wednesday, May 8, 2013

Mahathir Kata Pakatan Tak boleh Terima Kekalahan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.
    

Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.
    

"Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.

Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai ribuan 
orang, bertujuanmembantah
 keputusan PRU13.

Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.

- Bernama

Celupar Dan Kurang Ajar Mulut Mak Lampir Nie..

Kalau penyokong PR melihat klip ini sebelum PRU, sudah pasti Zuraida Kamaruddin kecundang di Ampang!

Gambar Hiasan Dan Tiada Kena Mengena Dengan Cerita Di Atas..




80 Ribu Penuhi Stadium Kelana Jaya Sebentar Tadi

LAPORAN LANGSUNG

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih menuju ke stadium dengan berjalan kaki.

Siaran Langsung Dari Stadium Kelana Jaya Di Sini




Foto Di Stadium Kelana Jaya Ketika Ini












Siaran langsung perhimpunan Tolak Penipuan PRU 13 di Kelana Jaya

KUALA LUMPUR 8 MEI: Program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam ini boleh diikuti secara langsung.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap pada program yang diatur berikutan pelbagai bentuk penipuan regim Umno BN hingga menafikan keputusan rakyat.

Program dijadual bermula jam 8.30 malam tetapi ramai penyokong Pakatan Rakyat sudah tiba di lokasi berkenaan.




Baru Seminggu Bergelar MB Mukhriz Telah Berjaya Membeli Jiwa Rakyat Kedah

 

 Mukhriz Tiba Di Hospital Pulau Pinang Untuk Melawat Mantan MB Azizan Razak. Ini adalah lawatan kedua beliau setelah melakukan lawatan kali pertama ketika Azizan masih di rawat di Kedah Medical Centre selepas mengangkat sumpah sebagai MB kedah yang baru.